RUBAH DAN
GAGAK
Seekor rubah yang kelaparan sedang mencari
makanan di dalam hutan. Sewaktu
berjalan melepasi sepohon pokok, dia terdengar bunyi di atasnya. Dia mendongak dan ternampak seekor gagak bertenggek di sebatang dahan. Gagak sedang
menggigit secebis daging pada paruhnya. Rubah cuba mencari jalan untuk mendapatkan makanan gagak. Dia
berfikir sungguh-sungguh dan akhirnya mendapat satu akal. "Apa khabar, Cik
Gagak?" tanya rubah dengan
suara yang lembut. Gagak hanya memandang ke
arahnya dan menganggukkan kepala. "Kamu ialah seekor burung yang
cantik," kata rubah. "Bulu kamu sungguh cantik!" Gagak sangat
suka dengan pujian rubah. Rubah
berkata,"jika suara kamu menyanyi semerdu wajah kamu yang cantik, tentu
kamu ratu segala burung!" Gagak
sangka dirinya memang pandai menyanyi, maka dia pun menyanyi untuk rubah. Tetapi sebaik sahaja dia
mengangakan paruhnya, cebisan daging itu terjatuh ke tanah. Rubah mentertawakan gagak yang bodoh ketika melarikan
daging itu.
No comments:
Post a Comment