Saturday, 31 December 2011

sajak pilihan 2012



Pelajar yang cemerlang


Seorang pelajar yang cemerlang itu.....
ibarat mutiara di dalam lautan
Sukar dicari namun menjadi idaman setiap insan
Pelajar sebegini yang diidami setiap guru
Kerana sinarnya yang lembut menyejukkan hati
Bertuah sekali mendapat pelajar seperti ini 

Pelajar yang cemerlang itu....
Memanfaatkan masa dengan sebaiknya
Dia menjauhi kawan-kawan yang 
gemar mengumpat
Setiap ruang waktu diisi dengan kegiatan sihat
Menimba ilmu, mengulang kaji dan 
mendapatkan nasihat
Agar setiap detik hidupnya penuh manfaat



Pelajar yang cemerlang itu....
 Baik akhlaknya
Tutur bicaranya menyenangkan hati
Pandai menjaga hati kawan-kawan
Sentiasa mendoakan kesejahteraan 
guru-gurunya
Wajahnya tenang dan sentiasa tersenyum
Menyejukkan hati sesiapa yang memandang



Pelajar cemerlang itu .......
Memperbaiki agamanya
Bukan hanya berusaha di dalam bidang akademik
Malah tanggungjawab sebagai hamba Tuhan 
dijaga rapi
Dia tekun beribadah dan suka doakan kebaikan orang
Malah taat kepada kedua-dua ibu bapa
Selagi mana taat itu dalam keredaan Tuhan



Pelajar yang mempunyai ciri-ciri begitu
Bukan hanya dicintai guru dan kawan-kawan
Malah juga dicintai Tuhan sekalian alam
Tidaklah terlambat untuk menjadi sepertinya
Kuatkanlah tekad untuk menjadi 
pelajar cemerlang
Agar berjaya di dunia dan di akhirat


HARAPANKU , 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

     Apa khabar semua….rakan-rakan seperjuangan, sahabat handai , yang mengenali diri ini serta anak didik sekalian? Mudah- mudahan kalian berada dalam keadaan sukses kehendakNya.
    2011 telahpun berlabuh meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Yang indah , yang manis , yang pahit telah kita rasai , nikmati dan tempuhi. ( Entah mengapa hati ini ..begitu sayu dengan pemergian 2011…  )  


   Kedatangan 2012 diharapkan memberi sinaran baru untuk kita   semua. Setiap kejadian mungkin ada hikmahNya. Renung-renungkanlah. Marilah kita memperbaiki azam dan tekad baru untuk menjadi insan yang lebih baik . InsyaAllah..

Sunday, 11 December 2011

PENUTUP : KISAH TAULADAN

BBM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN A
 ( penutup )

Sayangilah ibubapa kita selagi mereka masih ada......

 


Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.

LATIHAN MEMBINA AYAT


BBM BAHASA MELAYU PENULISAN ( lembaran kerja)

 Dah dengar lagu raya ke... Sekarang ini, cuba anda gambarkan situasi sebelum  dan semasa hari raya. Masing -masing tentu sibuk nak menyambut hari rayakan...Bagi kanak-kanak bermain bunga api tu..ibarat acara wajib . Orang dewasa , lain pula caranya.. memasak rendang, membakar lemang dan mengemas rumah. Adik..adik jangan lupa minta maaf ye.. bila raya nanti terutama pada ibu bapa. Sayangilah mereka.

Jom kita jawab soalan.




LATIHAN MEMBINA AYAT.
Bina 5 ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.



  Ikut rangka yang diberi :


Siapa/ Apa

Aktiviti/ Buat apa

Di mana/ bila

Bagaimana / Mengapa




1._____________________________________________________________________________
2._____________________________________________________________________________
3. _____________________________________________________________________________
4. _____________________________________________________________________________
5. _____________________________________________________________________________


BAHAN BBM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN A ( set induksi)



Assalamualaikum dan salam sejahtera...., Marilah kita berkongsi maklumat dan bahan bantu mengajar (bbm) khusus tentang membina ayat Bahasa Melayu Penulisan bahagian A.  Tapi sebelum tu....dengarlah lagu ini untuk mengenang nostalgia..di hari raya.




TEKNIK  MENJAWAB SOALAN UPSR KERTAS 2Assalamualaikum... semua,Di sini saya lampirkan panduan untuk menjawab soalan kertas 2 UPSR dari rakan slideshare kita, Cikgu Pak Long. Terima kasih kepada beliau kerana bahan yang banyak membantu. Semoga kita  bersama-sama berkongsi maklumat dan mendapat manfaat daripada bahan beliau. Terima kasih sekali lagi.   
PENULISAN UPSR BAHAGIAN A
View more presentations from cikgu paklong
PENULISAN UPSR BAHAGIAN C
View more presentations from cikgu paklong

BAHASA MELAYU KERTAS 2 UPSR
View more presentations from cikgu paklong

Thursday, 8 December 2011

LATIHAN KATA SENDI NAMA

CERITA KANAK-KANAK




            
RUBAH  DAN  GAGAK

             Seekor rubah yang kelaparan sedang mencari makanan di dalam hutan. Sewaktu berjalan melepasi sepohon pokok, dia terdengar bunyi di atasnya. Dia mendongak dan ternampak seekor gagak bertenggek di sebatang dahan. Gagak sedang menggigit secebis daging pada paruhnya. Rubah cuba mencari jalan untuk mendapatkan makanan gagak. Dia berfikir sungguh-sungguh dan akhirnya mendapat satu akal. "Apa khabar, Cik Gagak?" tanya rubah dengan suara yang lembut. Gagak hanya memandang ke arahnya dan menganggukkan kepala. "Kamu ialah seekor burung yang cantik," kata rubah. "Bulu kamu sungguh cantik!" Gagak sangat suka dengan pujian rubah. Rubah berkata,"jika suara kamu menyanyi semerdu wajah kamu yang cantik, tentu kamu ratu segala burung!"     Gagak sangka dirinya memang pandai menyanyi, maka dia pun menyanyi untuk rubah. Tetapi sebaik sahaja dia mengangakan paruhnya, cebisan daging itu terjatuh ke tanah. Rubah mentertawakan gagak yang bodoh ketika melarikan daging itu.


Wednesday, 23 November 2011

NOTA : KATA SENDI NAMA




    Tatabahasa : Kata Sendi Nama
NOTA
1.
Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2.
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah:

Di
bagi
laksana
antara
Ke
demi
sejak
untuk
Dari
tentang
terhadap
dengan
Daripada
seperti
akan
dalam
Pada
bagai
oleh
sampai
Kepada
umpama
hingga

3.
Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. 
4.
Yang berikut ini ialah contoh panduan penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/kepada/terhadap
untuk menunjukkan emosi dan sikap
1. Aminah sayang akan kucing itu.
2. Ya Allah,kepada-Mu, aku berserah.
3. Ali mengambil beratterhadap pelajaran.
bagi/untuk
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
1. Pen itu dibeli untukanaknya.
2. Jamuan itubagi guru-guru baru.
Dari
untuk menunjukkan tempat dan masa
1. Mereka baru pulang dariLondon.
2. Dia tidurdari petang semalam.
Daripada
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
1. Pasukan itu lebih hebatdaripada pasukan lain.
2. Kuih itu dibuatdaripada  tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiridaripada  murid-murid sekolah.
Di
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Ibunya bekerja di  sekolah itu.
2. Pengembara itu sesat di  dalam hutan.
.3. Beg tangannya terletak di  atas meja.
Dengan
untuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
1.Aminah ke kedai dengan suaminya
2. Di dapat memenangi pertandingan itu dengan  usaha bersungguh-sungguh.
3. Ahmad menulisdengan  pen.
4. Pendapatan bulanan ayah Ali samadengan  ayah Muthusamy..
hingga/sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
1. Dia bermain hingga  lewat senja.
2. Pembawa obor sukan Olimpik itu berlari dari Johor Bahru sampai Changlun.
Ke
untuk tempat dan benda konkrit
1. Pada cuti penggal, ramai yang menujuke Kuala Lumpur.
2. Gelas kaca itu terhempaske lantai lalu  pecah berderai.
Kepada
menunjukkan orang atau ganti diri
Kes jenayah berat itu diserahkan kepada  pihak polis.
Oleh
untuk menunjukkan pelakuan pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Buku itu dibaca oleh  Salmi
2. Bukit yang tinggi itu terdakiolehnya.
Pada
untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada  Rahim.
3. Perkara itu benar pada  pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada  roti.
sejak
untuk menyatakan makna suatu jangka masa
Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
1. Suasana dalam kelas itu bising seperti  keadaan di pasar.
2. Badannya besarumpama  ahli gusti Sumo Jepun.
3. Hidung Aminah mancung bak seludang.
tentang
untuk menyatakan makna mengenai sesuatu
Beliau berucaptentang  masalah penagihan dadah.

Wednesday, 19 October 2011

SET INDUKSI : kata sendi nama

Selamat Datang ke Blog Saya

SEKAPUR SIRIH


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  Syukur Alhamdulillah saya dapat menghasilkan sebuah blog p & p saya . Semoga blog ini dapat menghubungkan silaturrahim kita semua di samping dapatlah kita berkongsi serba sedikit maklumat pendidikan . Hasil dan bahan di dalam blog ini sebahagiannya saya mengambil dari sumber internet dan ada yang saya hasilkan sendiri.  Segala pandangan dan pendapat mengenai blog ini amat dialu-alukan.

ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...