Monday, 2 January 2012

Rancangan Mingguan Matematik Tahun 6

Saturday, 31 December 2011

sajak pilihan 2012



Pelajar yang cemerlang


Seorang pelajar yang cemerlang itu.....
ibarat mutiara di dalam lautan
Sukar dicari namun menjadi idaman setiap insan
Pelajar sebegini yang diidami setiap guru
Kerana sinarnya yang lembut menyejukkan hati
Bertuah sekali mendapat pelajar seperti ini 

Pelajar yang cemerlang itu....
Memanfaatkan masa dengan sebaiknya
Dia menjauhi kawan-kawan yang 
gemar mengumpat
Setiap ruang waktu diisi dengan kegiatan sihat
Menimba ilmu, mengulang kaji dan 
mendapatkan nasihat
Agar setiap detik hidupnya penuh manfaat



Pelajar yang cemerlang itu....
 Baik akhlaknya
Tutur bicaranya menyenangkan hati
Pandai menjaga hati kawan-kawan
Sentiasa mendoakan kesejahteraan 
guru-gurunya
Wajahnya tenang dan sentiasa tersenyum
Menyejukkan hati sesiapa yang memandang



Pelajar cemerlang itu .......
Memperbaiki agamanya
Bukan hanya berusaha di dalam bidang akademik
Malah tanggungjawab sebagai hamba Tuhan 
dijaga rapi
Dia tekun beribadah dan suka doakan kebaikan orang
Malah taat kepada kedua-dua ibu bapa
Selagi mana taat itu dalam keredaan Tuhan



Pelajar yang mempunyai ciri-ciri begitu
Bukan hanya dicintai guru dan kawan-kawan
Malah juga dicintai Tuhan sekalian alam
Tidaklah terlambat untuk menjadi sepertinya
Kuatkanlah tekad untuk menjadi 
pelajar cemerlang
Agar berjaya di dunia dan di akhirat


HARAPANKU , 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

     Apa khabar semua….rakan-rakan seperjuangan, sahabat handai , yang mengenali diri ini serta anak didik sekalian? Mudah- mudahan kalian berada dalam keadaan sukses kehendakNya.
    2011 telahpun berlabuh meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Yang indah , yang manis , yang pahit telah kita rasai , nikmati dan tempuhi. ( Entah mengapa hati ini ..begitu sayu dengan pemergian 2011…  )  


   Kedatangan 2012 diharapkan memberi sinaran baru untuk kita   semua. Setiap kejadian mungkin ada hikmahNya. Renung-renungkanlah. Marilah kita memperbaiki azam dan tekad baru untuk menjadi insan yang lebih baik . InsyaAllah..

ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...